TEMUDUGA TERBUKA PTPTN - 03 OGO 2017 - JOB SEEKER 2020

0

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN telah mula beroperasi pada 1 November 1997. di Bangunan Wisma Chase Perdana, Jalan Semantan, Damansara Height Kuala Lumpur. Tujuan penubuhannya untuk memberi kemudahan pembiayaan pendidikan tinggi dan mengutip balik pembiayaan, menguruskan skim simpanan serta deposit bagi tujuan pendidikan tinggi.



Sehubungan itu, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN (PPN) Pahang. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

EKSEKUTIF PEMASARAN (RM1500++) - Tampin Negeri Sembilan

Kelayakan
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Keutamaan kepada calon lelaki dan menetap di Tampin serta kawasan sekitar dengannya
  • Berkelulusan minima SPM atau setaraf dengannya
  • Mempunyai perwatakan yang menarik
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa
  • Mempunyai kemahiran memujuk dan berunding
  • Boleh menganalisa dengan baik
  • Mempunyai lesen memandu (mempunyai kereta sendiri diberi keutamaan)

Sehubungan itu sesi temuduga terbuka PTPTN akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 03 OGOS 2017
Hari : KHAMIS
Masa :
  1. SESI PAGI 9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG (Pendaftaran bermula 9.00-11.00 pagi)
  2. SESI PETANG 2.30 PETANG HINGGA 4.30 PETANG (Pendaftaran bermula 2.30-3.30 petang)
Lokasi :
Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Negeri Sembilan
Cawangan Tampin
A 1-6, Kompleks B Tampin Square,
73000 Tampin, NEGERI SEMBILAN

Calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka di atas, sila bawa bersama borang permohonan jawatan kosong yang telah dilengkapkan di bawah berserta salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan Sijil Pelajaran Malaysia SPM, salinan lesen memandu dan lain-lain dokumen sokongan berkaitan

Keterangan lanjut temuduga terbuka dan borang permohonan di sini





Enter your email address:

Delivered by FeedBurner